
-jika setiap malam tidur anda diganggu bunyi dengkuran suami….kerana itu bererti dia tidur di rumah, di sebelah anda, bukannya dengan orang lain.
-apabila anak gadis anda bersungut semasa membuat kerja-kerja dapur…kerana itu bermaksud dia kini berada di rumah, bukan berpelesran dengan kawan-kawan.
-apabila melihat bayang-bayang sentiasa mengekori setiap langkah anda…keranaitu bererti anda masih mempunyai matahari yang menyinari hidup ini.
-jika banyak pakaian anda yang sudah sempit…kerana ini bermakna anda cukup makan, tidak hidup dalam kedaifan.
-kerana terpaksa membersihkan lantai, mencuci tingkap serta membuang habuk yang melekap di dinding… kerana itu bererti anda mempunyai rumah untuk berteduh.
-kerana setiap tahun anda terpaksa membayar cukai pendapatan… keranaitu membawa erti anda masih mempunyai pekerjaan.
-andainya meletakkan kenderaan anda jauh di satu sudut… keranaitu bererti anda mempunyai kenderaan dan masih dikurniakan-Nya kudrat untuk berjalan.
-apabila diganggu bunyi bising kenderaan yang lalu-lalang… keranaitu bermaksud anda mempunyai pendengaraan.
-apabila terpaksa mengemas rumah yang berselerak selepas majlis keramaian…kerana itu bermaksud anda masih dikeliling sahabat handai.
-kerana terpaksa membasuh dan menggosok setimbun pakaian setiap hari… kerana itu membawa erti anda masih mempunyai pakaian utnuk dipakai.
-setiap kali berasa penat dan letih pada penghujung hari…keranaini bermakna anda masih berupaya untuk berkerja kuat demi keluarga tercinta.
-apabila mimpi indah anda pagi ini terbantut oleh bunyi bising deringan lonceng…keranaia bererti anda masih bernyawa dan sempat lagi untuk mengucapkan kesyukuran di atas segala rahmat dan nikmat yan diberkan-Nya. Alhamdulillah…
Semoga kita tergolong orang yang bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan
No comments:
Post a Comment