hari yang fantastik.



Hari ini aku bangun pagi. Dalam kol 12 kena siap2 nak kuar. Pastu aku hidupkan enjin motor dan bergerak ke Bandar Tasik Selatan. Aku naik tren LRT dari situ ke stesen HANG TUAH kerana destinasi ku ialah Berjaya Times Square, untuk bertemu dengan sahabat aku disana. Sampai saja disana aku bertemu dengan sahabat perempuan aku itu, dia bersama rakannya yang turut disertai BF nye.(pewit). Hahaha. Lepas itu kami membuat haluan masing2. aku pun ajak la sahabat aku tuh tgk wayang kt PAVILION. Tgk2 xde cter best pun. Ktorg pun pegi la berjalan-jalan n sembang2. lpas jam menunkukkan pukul 2.30. aku masih blum solat. Aku pun ckp kat sahabat aku tuh yang aku nk solat dulu. Aku pun pergi lah. Selesai solat, aku carilah sahabat aku nih. Lpas bpe minit lepas tuh, dapat msg. “weh. Aku balek dlu, ade hal sketxde masalah. Xpe. Aku pun jalan la sorg. Dari PAVILION ke TS blek. Tetibe perut lapar. “huh, lepak makan jap. Kt tingkat 10 ts tuh. FOODCOURT. Lpas mkn da kenyang. Aku pun igt nak gerak balek lah. Otw ke LRT stesen tuh. Aku nmpak ade makcik ni buta or rabun la kan. Jual tisu. Aku pun bg la rm1 kt die. Lpas tuh aku tgk anak nya. Kecil lagi. Bermain2 straw yang disambung-sambung. Aku pun panggil adik tuh. Ni perbualan aku dengan nya.

aku: adik siapa nama?
Adik: saberina(sabrina)
aku: adik, adik da makan? Makan apa?
sabrina: dah. Makan keropok.
Perlahan je bunyinye.
Aku: ooo. Lapar x? adik makan roti x? roti ape?
Sabrina: lapar. makan . Roti jagung.
Aku: adik dahaga tak?
Adik: dahaga.

Hurm. Aku pun bingkas bangun dan menuju ke kedai yang menjual roti. Aku beli 2 biji roti jagung HIGH 5 dan 2 kotak air susu DUTCHLADY. Aku terus ke tempat 2 beranak tadi dan memberikan makanan itu kepada adik yang berumur lima tahun itu.

Aku: adik, ni abang ada belikan roti dan susu ni. Makan taw.
sabrina: terima kasih abang.
Ibu sabrina: terima kasih ya nak.
Aku: sama-sama saya balik dulu (sekarang.) la yea.
Ibu sabrina: ha yelah.

Aku pun terus la ke bawah untuk menunggu tren LRT menuju ke Bandar Tasik Selatan untuk ambil motor dan menghala ke rumah. Semasa berada didalam LRT. Terdapat ramai yang berbaju merah. Rupa-rupanya penyokong VIETNAM yang akan bermain menentang pasukan MALAYSIA. Aku berbual dengan mereka sedikit. Dan mereka bertanya adakah aku akan menyaksikan juga di STADIUM BUKIT JALIL. Aku menjawab tidak kepada mereka. Sampai je stesen BTS. Aku pun turun dan ambil moto disitu. Aku terlalu letih dan terlelap. Ingatkan nak bermain futsal, tapi, xpelah. Lepas solat maghrib, aku terus buka TV untuk menonton perlawanan bola sepak. Akhirnya MALAYSIA menang 2-0 keatas VIETNAM pada perlawanan separuh akhir pertama.



VIVA MALAYSIA!!

No comments:

Post a Comment