Kenapa aku tiba tiba post pasal imam muda? Aku bukan apa, aku Cuma nak mencari kebaikan dalam diri aku, apakah ada kebaikan dalam diri aku, yelah , aku bakal menginjak dewasa, orang dewasa kena berfikiran yang matang dan berilmu. Aku terfikir sejenak, adakah aku kalangan orang berilmu? Tapi apa yang aku lihat aku lebih kepada sifat bermain main, tidak serius dalam melakukan tugas. Pada suatu malam, ketika berada di rumah. Aku menonton siaran astro OASIS yang memaparkan pertandingan IMAM MUDA. Aku terharu dan seronok mendengar alunan bacaan ayat suci AL-QURAN yang dibaca oleh peserta IMAM MUDA tersebut. Aku hafal surah tersebut. iaitu surah al-mukminun. Namun apakah aku mengerti apa yang aku hafal? Aduhai. Nak jadi IMAM MUDA bukan perkara yang mudah. Sebab perlu menjaga tingkah laku kita sebagai contoh kepada orang lain. Ada seorang gadis manis ni berkata kepada saya, “I nak cari lelaki yang yang macam imam muda”. Hati saya tersentak. Tapi saya tidak berkata apa. Sekadar diam. Bila difikirkan kembali kenalah paham maksud apa yang cuba dia sampaikan. Dia maksudkan ialah lelaki yang boleh membimbing dia kearah kebaikan. Sebab lelaki akan menjadi ketua yang akan membimbing keluarga. Mengubah sikap menjadi orang yang baik tingkah lakunya bukan lah mudah. Saya kena banyak belajar mengenai kehidupan, menghormati orang yang lebih berilmu. Bantulah saya mencari kehidupan yang hakiki. Amin~
No one can change a person, but someone can be the reason for a person to change
Girl, you are the reason’s why I change my attitude. thanks ! <3
No comments:
Post a Comment