Assalam dan salam sejahtera kepada pembaca,
okay kat sini aku cuba menerangkan hal sebenar, eceh *hal sebenar*.
aku tak paham kenapa perempuan tak percaya bila aku katakan yang aku ni tiada girlfriend. i mean special girlfriend. awek lah maksudnya, kalau kawan perempuan biasa tuh ramai lah. aku pun tak tahu kenapa aku takde girlfriend, mungkin aku ni jenis memilih kot. kawan aku, nuar, selalu ckp, 'kenapa kau takde girlfriend zul? kau mesti terlalu memilih ni. ada je yang nak kata kau.' aku pun ckp kat dia. ' aku bukan apa, aku xmencari kesempurnaan, aku mencari kesesuaian'. mmg ramai yang lawa2, manis2, tapi kalau x serasi dengan aku macamana'. aku selalu nasihatkan kawan2 aku pasal CINTA tetapi kisah cinta aku sendiri tunggang terbalik. memang aku akui aku knal ramai dan banyak jenis perempuan, freehair, bertudung, manis, tinggi, rendah, putih , sebaya, muda, tua, tetapi masih takde yang melekat. aku suka kepada perempuan yang bertudung, lagi2 yang pakai pashmina. manis gitu. tapi, entah laaaaaaa. aku sendiri tak paham dengan diri aku sendiri. kadang2 aku fikir, perlu ke aku ada girlfriend. ada pun seronok, xde pun seronok. bila ada ni seronok nya boleh lah rasa disayangi dan menyayangi. aku sangat menghormati wanita. sebab kalau aku buat sesuatu yang tak baik. aku takot jadi kepada ahli keluarga aku. okay okay. PENANTIAN SUATU KESAKITAN. sapa yang tak asing dgn istilah ni? haha. aku pun pernah merasa cmni. tapi biar lah. dlm hidup ni kena rasa susah,senang,berjaya,gagal. gagal dalam perhubungan itu tak semestinya aku gagal terus. aku percaya x semestinya cinta memerlukan paras rupa yang indah. sebab aku tengok ada sorg budak kat U aku ni, bukan lah nak kutuk. badan besar, rendah, ada je awek. tapi aku ni sampai sekarang takde gf. sadis sadis. mula2 sem dulu aku ada minat girl ni, tapi takkan nak couple satu kelas pulak. hari2 ngadap muka weh. haha. ada je budak kelas aku yang couple satu kelas. siap anta balik smpi depan kolej, malam kol lagi., haha. hish. x baik ckp pasal orang. hmm. orang pelik ngn aku knapa aku takde gf, dorg ckp ' kau ade pakej zul, tapi nape kau takde awek.' ramai dah ckp gitu. malu aku, takpelah. tapi aku dah janji dengan seorang gadis ni, nama ***** ***** R. hahah. dia pun ada R gak cam aku AZIZUL AIZAT R. dia muda setahun dgn aku,coursemate aku, aku janji dengan dia aku akan propose dia semester depan. aku pegang kata2 aku. i hope she's the one for me. harap dia serasi dengan aku. sebab kalau x serasi. totally out. haha. cukuplah setakat tuh aku menulis. xpernah tulis panjang2 gini. itulah sedikit luahan hati ini yg tersimpan selama ini. terima kasih kerana membaca :)
salam sayang, AZIZUL AIZAT R
Untung aaa rmi awek nak dekat tp satu pun tak melekat haha. Der kawin jemput aku
ReplyDeletehaha. apelaaa. ni cerita lama :p
ReplyDelete