BIAR KU CERITA DISINI



assalamualaikum, harini saya akan membebasnya, uih tingginya, gayut saya, haha, dialog lawak ke der, tapi aku kat sini menulis bukan utk melawak, tgk pada gambar, dah tahu apakah cerita yang ingin aku sampaikan. iaitu L.O.V.E. atau juga dikenali sebagai cinta. tahu tak bahawa cinta ni besar maksud dan pengertiannya. tapi aku bukan nak huraikan maksudnya, tapi aku nak bercerita tentang aku, ye, pasal aku lah, kisah di universiti aku lah, UITM Pahang.

bermula al-kisah. aku minat sorg budak perempuan ni, masa tu aku semester dua. amboi semester dua dah menggatal. diawal perkenalan memang semua nya indah, aku pun suka lah berkawan, aku berkawan dengan dia sampai aku mula suka sama dia, kawanlah punya kawan sampai satu masa yang aku nk bagitahu apa yang rasa, sampai lah satu tahap dimana, kawan rapat aku bagitahu, 'eh budak yang kau minat tu couple ngn budak lain eh?' aku dengar mase tu, pergh, hancurnya hatiku, aku bukan hancur hati sebab baru tahu, aku rasa hancurnya hati sebab dia selama ini tak bagitahu yang dia dengan orang lain, kalau bagitahu awal awal kan senang, xdelah pedih sangat, bukan setakat tu je, dia burukkan nama aku cakap aku playboy lah, abes semua ingat aku macam tu :( . padahal bf dia tu bukan aku xtahu, ade jugak nak try orang lain masa couple ngn kau, aku diam kan aje, aku jenis bila marah, terasa hati kat orang, aku takkan sound orang tu publicly, aku ckp one on one, sebab aku nak jaga air muka orang tu, biarlah orang sound aku publicly, aku sabar je, sebab nabi pun pernah kena macam tu publicly, tapi beliau sabar, beliau cakap elok elok dgn orang tu. biar keadaan jadi seperti sedia kala,

cakap lah aku kasanova ke kuat try perempuan ke ramai kawan perempuan ke apa ke, orang perempuan pun bukan kenal aku seorang, tapi kenal ramai lelaki, dan aku yakin bukan aku saja yang try dia, tapi xpelah, tu semua pahit manis hidup, masa muda ni lah nak rasa bercinta, mencintai dan dicintai, tapi biarlah pandai menjaga batas, "boleh pandang pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang renggang, bertambah sayang" lagu kalau berpacaran. banyak nasihat tuh. :) memang aku akui, ramai gadis yang aku kenal kat UITM ni, yelah, ade yang kenal masa camp kesat, kemahiran insaniah, melalui kawan punya kawan, tapi itulah, just kenal macam itu jelah, kalau berselisih tegur, tapi nak buat camne, muka ni disalah erti kan, kawan perempuan aku pernah tanya ' kenapa kau xde gf eh? mesti kau memilih kan,' aku xleh nak kata apa, kata ya salah, kata tak pun salah, bila dah kenal, nak rapat, tak sesuai pulak, bila dah sampai waktu aku pilih seorang, perkara ni jugak yang timbul, haih. aku pun xpaham.

memang muka aku ni tak sesuai ade teman wanita ke apa. jenis gadis yang aku suka yang bertudunglagi lagi yang pandai bergaya dengan tudung, muka manis, pandai bawak diri. aku tengok kawan kawan aku semuanya ade girlfriend, seronok tengok dorang bercinta, bergaduh, merajuk tuh biasalah, kalau xde pasang surut dlm bercinta, baik bercinta dengan pokok, aku rindu waktu bercinta dahulu, yelah, merasa disayangi, nak pergi tournament ade orang bagi kad ucapan goodluck, tapi tu dlu lah, sekarang takde dah, seronok sebenarnya bercinta ni, tapi pandai lah bawak diri, aku tanam kat diri aku ' MOVE ON! FORGET THE PAST AND  HIT THE FUTURE, YOU ONLY LIVE ONCE!. redha jelah, tapi kita tengok jelah apa akan jadi masa akan datang. semoga berbahagia hendaknya. amin

No comments:

Post a Comment