assalamualaikum :)
tengok tajuk post macam geli-geli je mamat ni, haha
tips ni mungkin berbeza dengan lelaki lain sebab ni tips yang boleh pikat hati aku. cewah,
macam ade orang berkenan ke awok tu azizul oi,
tapi takpe, sekadar suka suka menaip je,
bacalah tips tips nya ye! haha,
- Sentiasa tersenyum *
- Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa saya mudah terpikat dengan anda. *
- Berpewatakan menarik. *
- Jujur dan sentiasa merendah diri.
- Jangan terlalu mengongkong
- Jaga cara pemakaian *
- memberikan kad ucapan
- sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu
- Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain
- Jangan bandingkan ‘saya’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali *
- Menjadi teman ketika susah dan senang *
- suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
- suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
- Mengetahui bila hari lahir
- Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita
- Bersikap keibuan *
- Kenali siapa diri sebenar saya
- Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
- Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada *
- sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang
- Tidak terlalu meminta
- Bertudung, kalau boleh hijab, yang lilit tu, awak cantik tahu! *
inilah mungkin diantara tips memikat, semua lelaki sama juga, tapi ini antara tips yang boleh memikat saya, cewah. akan tetapi, saya tidak mencari kesempurnaan, saya mencari keserasian.
terima kasih kerana sudi membaca.
assalamualaikum
* penting :)
* penting :)
No comments:
Post a Comment